Obsesi Agamawan Kepada Imej Anti-Agama.

Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan penularan gambar-gambar model busana pengantin yang bergambar di tanah perkuburan Kristian. Saya tertarik dengan komen-komen orang yang mengaitkan perbuatan itu sebagai "mencari kelaianan". Jika diamati, rata-rata orang yang memperjuangkan agenda liberal, anarki, berfahaman sosialis dan seumpamanya adalah kerana mereka juga mahu mencari kelainan. Nama-nama seperti Nukman Afifi dan Mariam … Continue reading Obsesi Agamawan Kepada Imej Anti-Agama.

Benarkah Membaca Tanpa Guru Ibarat Berguru Dengan Syaitan.

Polemik "tudung" di dalam masyarakat Malaysia bukanlah benda baharu. Bukan seorang dua yang berhujah, kononnya rambut bukan aurat kerana ia tidak disebut secara khusus di dalam al-Quran. Sebaliknya, golongan "orang paling alim di zaman ini" mendakwa berhijab adalah budaya orang arab semata-mata. Dalam mengenali agama Islam, kita harus mengetahui bahawa agama Islam berkongsi susur galur … Continue reading Benarkah Membaca Tanpa Guru Ibarat Berguru Dengan Syaitan.

Ilmu putih, masyarakat hitam

"Bang, hari jumaat ni kena solat jumaat juga tak?", soal isteri saya. "Kenapa yang?" "Kalau dah solat sunat hari raya, masih kena solat jumaat juga eh?", dia menambah soalan. Oh. Rupa-rupanya dia pernah terbaca pandangan Ibn Taimiyah. Saya beritahu kepadanya, di Malaysia, kita masih tetap perlu menunaikan solat jumaat sekalipun pada paginya kita sudah bersolat … Continue reading Ilmu putih, masyarakat hitam

Muktazilah moden pakai bow tie.

Saya selalu dengar orang berkata, "Kalau iman kau kuat, kau tak akan takut dengan Kristian". Kata-kata seperti itu pada saya, adalah bongkak dan pentingkan diri sendiri. Orang yang menuturkannya sama ada 'terlalu yakin' imannya kuat, ataupun 'terlalu bodoh' dan tak tahu apa sebenarnya yang dia sendiri cakapkan. Jika Rasulullah S.A.W hanya fikirkan tentang diri Baginda … Continue reading Muktazilah moden pakai bow tie.

Arab Saudi | Negara wahabi yang disekularkan

Arab saudi adalah sebuah negara yang istimewa. Di sana letaknya dua tempat yang paling mulia di dunia, iaitu Kaabah dan juga makam Saidina Muhammad S.A.W. Namun begitu, Arab Saudi juga merupakan pusat bagi fahaman Wahabi, hinggakan ramai dalam kalangan ibubapa di Nusantara ini ragu-ragu untuk mengizinkan anak-anak mereka mengikuti kuliah di universiti-universiti di sana. Bimbang … Continue reading Arab Saudi | Negara wahabi yang disekularkan

Wahabis dan popularis

Dahulu, istilah wahabi ini sangat jarang dijaja orang. Hanya segelintir orang yang tahu apakah itu wahabi. Itupun kalau dia mengaji agama. Hari ini, mungkin tak semua orang faham maksud wahabi, tetapi saya yakin semua orang pasti pernah mendengar istilah ini. Nampaknya kepantasan internet telah menyebabkan mulut kita juga pantas dalam memberi makna bagi jenama wahabi … Continue reading Wahabis dan popularis