Ikhtilat Orang Dewasa

Tak ramai orang yang sanggup bercakap tentang ikhtilat. Mungkin kerana bimbang dikatakan seperti meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri. Betapa seriusnya masalah ini hinggakan bukan orang biasa sahaja yang terlibat, pelajar jurusan agama dan ustaz sendiri pun terlibat dalam ikhtilat. Iktilat dalam bahasa arab bermaksud percampuran, manakala pada sudut syarak bermaksud pergaulan di antara … Continue reading Ikhtilat Orang Dewasa

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Bekerja Syif Malam

Bayangkan jika hospital ditutup pada waktu malam atau tiada polis yang membuat rondaan selepas jam 9 malam. Sudah tentu banyak masalah akan timbul. Orang yang sakit akan meninggal dunia kerana tidak segera dirawat dan kegiatan jenayah pula akan berleluasa. Oleh itu kita seharusnya berterima kasih kepada wira-wira tidak didendang yang sanggup bersengkang mata bagi memastikan … Continue reading Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Bekerja Syif Malam

Perubatan Islam, alternatif atau scam?

Menghampiri wawasan 2020, tidak mustahil jika ramai antara kita yang skeptikal dan tidak percaya dengan perubatan Islam. Beberapa kali juga saya terbaca di Facebook, ada orang yang tidak teragak-agak menuduh perubatan Islam sebagai suatu bentuk 'scam' atau penipuan. Bahkan ada soalan-soalan nakal yang diajukan, sebagai contoh, jika kita bacakan surah Yassin pada kolah masjid, adakah … Continue reading Perubatan Islam, alternatif atau scam?

Benarkah Membaca Tanpa Guru Ibarat Berguru Dengan Syaitan.

Polemik "tudung" di dalam masyarakat Malaysia bukanlah benda baharu. Bukan seorang dua yang berhujah, kononnya rambut bukan aurat kerana ia tidak disebut secara khusus di dalam al-Quran. Sebaliknya, golongan "orang paling alim di zaman ini" mendakwa berhijab adalah budaya orang arab semata-mata. Dalam mengenali agama Islam, kita harus mengetahui bahawa agama Islam berkongsi susur galur … Continue reading Benarkah Membaca Tanpa Guru Ibarat Berguru Dengan Syaitan.

Operasi ‘cekup’ khalwat. Perlu atau tidak?

Seperti kebanyakan orang, saya juga terkejut dengan kenyataan YB Mujahid tentang isu khalwat. Pada saya, kenyataan ini keluar pada masa yang tidak sesuai dan terlalu terburu-buru. Tidak salah jika saya katakan bahawa saya juga tidak bersetuju dengan ucapan beliau. Walau bagaimanapun keputusan dan pendirian beliau sentiasa boleh dicabar dengan hujah dan fakta. Namun begitu, saya … Continue reading Operasi ‘cekup’ khalwat. Perlu atau tidak?

Kritikan sosial kepada PU Bobo (Bobo di mana).

Kadang-kadang bila saya bosan, saya akan membuka aplikasi YouTube di telefon pintar saya dan menekan ikon 'trending'. Dalam banyak-banyak video yang sedang tular dan mendapat 'views' yang tinggi, saya tertarik dengan klip video Datuk Alif Syukri yang sedang marah-marah kepada PU Amin. Dalam masa yang sama, dia juga ada menyebut tentang video 'remake' kepada lagu … Continue reading Kritikan sosial kepada PU Bobo (Bobo di mana).

Hak golongan LGBT di Malaysia

Salman al-Farisi R.A dan Abu Darda' R.A adalah dua orang sahabat Nabi S.A.W yang dipersaudarakan oleh Baginda daripada kalangan Muhajirin dan Ansar. Mereka berdua sangat akrab. Salman al-Farisi pernah menasihati Abu Darda' kerana Abu Darda' terlalu khusyuk dan tenggelam dalam beribadah hinggakan isteri Abu Darda' merasakan terabai lalu meminta Salman al-Farisi supaya menasihati suaminya. "Sesungguhnya … Continue reading Hak golongan LGBT di Malaysia

Nasihat Terbaik Adalah Tidak Menasihat.

Ada orang yang tak boleh ditegur. Bila ditegur, makin menjadi-jadi jahatnya. Seperti kanak-kanak yang masih berhingus walaupun rambutnya sudah berselang seli dengan uban. Sayang sekali, mereka ini bukannya calang-calang. Ada yang menjadi figur dan rujukan masyarakat. Setiap detail kehidupan, banyak mata yang memerhati. Bagi orang-orang begini, teguran dan nasihat terbaik untuk mereka ialah dengan tidak … Continue reading Nasihat Terbaik Adalah Tidak Menasihat.

Mudahnya membunuh masa depan.

Antara perkara yang membawa manusia semakin jauh daripada agama adalah budaya 'victim-blaming'. Mengapa saya katakan jauh daripada agama? Kerana kebanyakan orang yang suka menyalahkan mangsa adalah orang agama, manakala yang mendampingi mangsa dan menyokong mereka pula adalah kumpulan yang 'bertentangan'. Kumpulan yang semakin popular dan mendapat sokongan masyarakat moden, yang kita panggil sebagai 'the others'. … Continue reading Mudahnya membunuh masa depan.