40 Tahun Ditipu, Rakyat Berang Diperdaya Sijil Halal Palsu

Saya baca di Facebook, berderet-deret orang kongsikan berita tentang jenayah kartel daging import. Yalah, siapa yang tak marah bila ditipu hidup-hidup selama 40 tahun. Tak sangka ada orang yang sanggup memalsukan sijil halal selepas disogok dengan wang ringgit.Padahal yang makan duit haram tu bukannya kaya-kaya dan jadi jutawan pun.Saya juga perasan, terlalu ramai yang mendoakan … Continue reading 40 Tahun Ditipu, Rakyat Berang Diperdaya Sijil Halal Palsu

Kisah Anjing Di Rumah Orang Melayu Bangsar

Tidak seperti anak saya yang membesar di bandar, saya pula dibesarkan di kampung yang semua penduduknya beragama islam. Jadi, anjing adalah haiwan yang hampir tiada langsung di kampung saya. Babi hutan bahkan lebih mudah dan sering ditemui di sana. Berbeza sekali dengan anak saya yang hampir setiap hari melihat anjing liar. Ada yang comel dan … Continue reading Kisah Anjing Di Rumah Orang Melayu Bangsar

Masalah mental dan kurangnya agama.

Saya selalu membaca debat di dalam internet berkenaan kaitan di antara agama dengan masalah mental. Ada pendapat ekstrem kiri, yang menolak mentah-mentah kaitan di antara agama dengan masalah mental. Ada pula yang terlalu kanan, yang merasakan masalah mental berpunca kerana kurangnya pegangan agama seseorang. Adapun saya, di tengah-tengah. Saya percaya bahawa orang yang kuat beragama … Continue reading Masalah mental dan kurangnya agama.

Kajian Kes Pemandu Merempuh Sekumpulan Remaja Berbasikal Lajak

Saya membaca kes Sam Ke Ting, suspek yang menyebabkan kematian 8 orang remaja yang sedang menunggang basikal, dengan penuh perhatian dan hati-hati. Isu ini sensitif kerana ada sekam perkauman. Jika kita terbuai dengan emosi dan sentimen, kita akan membakarnya. Asap tebal inilah nanti yang akan menutup pernafasan kita daripada menghirup kebenaran, dan mengaburkan mata kita … Continue reading Kajian Kes Pemandu Merempuh Sekumpulan Remaja Berbasikal Lajak

Dilema Budak Tahfiz

Saya tahu, besar cabarannya menjadi pentadbir, guru bahkan pelajar tahfiz. Terlalu banyak kekangan dan sekatan yang perlu dilalui antaranya beban kewangan, stigma masyarakat, infrastruktur yang uzur serta sumber yang terhad. Ini diburukkan pula dengan ragam segelintir pelajar-pelajar tahfiz yang mungkin nakal dan bermasalah. Masih ingatkah lagi kita akan peristiwa hitam yang telah meragut nyawa 21 … Continue reading Dilema Budak Tahfiz

Pembunuhan-pembunuhan Kejam Dan Tragis Di Malaysia

Saya membaca kes pembunuhan kejam seorang wanita dan anaknya dengan sayu. Mayat mereka dikerat-kerat dan dibuang di dalam semak. Di Amerika Syarikat, kejadian kejam dan menyayat hati seumpama ini akan di adaptasikan kepada filem dan drama. Contohnya drama bersiri The Criminal Minds yang diterbitkan sejak tahun 2005 yang kini sudah memasuki musim ke-14. Drama bersiri … Continue reading Pembunuhan-pembunuhan Kejam Dan Tragis Di Malaysia

Salah Faham Terhadap Orang Melayu-Malaysia Yang Mengagungkan Nabi Muhammad Dan Sahabat Baginda

Antara salah faham terbesar non-muslim adalah, mereka merasakan orang Islam menyembah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat Baginda. 1. Muhammad adalah Nabi, bukan Tuhan. Islam adalah agama monotheism iaitu agama yang percaya hanya kepada satu Tuhan sahaja. Agama Islam mempunyai hubungan yang erat dengan agama Kristian dan Yahudi kerana pertaliannya di dalam sejarah. Agama Islam … Continue reading Salah Faham Terhadap Orang Melayu-Malaysia Yang Mengagungkan Nabi Muhammad Dan Sahabat Baginda

Benarkah Membaca Tanpa Guru Ibarat Berguru Dengan Syaitan.

Polemik "tudung" di dalam masyarakat Malaysia bukanlah benda baharu. Bukan seorang dua yang berhujah, kononnya rambut bukan aurat kerana ia tidak disebut secara khusus di dalam al-Quran. Sebaliknya, golongan "orang paling alim di zaman ini" mendakwa berhijab adalah budaya orang arab semata-mata. Dalam mengenali agama Islam, kita harus mengetahui bahawa agama Islam berkongsi susur galur … Continue reading Benarkah Membaca Tanpa Guru Ibarat Berguru Dengan Syaitan.

Masih wajarkan Himpunan 812 sabtu ini?

Saya tertarik untuk memberi respon terhadap sebuah keratan komik pendek yang tular di Facebook, tentang perbualan 3 sekawan di sebuah kedai kopi. Orang pertama memerli rakan-rakannya, "Mufti sudah keluarkan kenyataan bahawa perhimpunan bantah ICERD sudah tidak perlu. Dengarlah cakap mufti", Rakannya memulangkan paku buah keras, "Eh, sejak bila kau dengar cakap mufti. Selama ini semua … Continue reading Masih wajarkan Himpunan 812 sabtu ini?