Dr. Mujahid Rawa, 1 Bintang Untuk Idea, 1 Lagi Untuk Transformasi

Saya bukanlah peminat Dr. Mujahid. Jika boleh memberi skor, saya cuma memberi markah 2 daripada 10. Tidak dinafikan beliau ada sumbangan dan jasa dalam merejuvinasi JAKIM. Tidak dinafikan juga bahawa beliau seorang idealis yang kaya dengan buah fikiran. Namun, di sebalik kekuatan-kekuatan beliau,satu kelemahan beliau iaitu bersikap apologetik, lebih menyerlah hinggakan potensi dirinya menjadi malap … Continue reading Dr. Mujahid Rawa, 1 Bintang Untuk Idea, 1 Lagi Untuk Transformasi

Larangan Politikkan Agama, Agamakan Politik

Jangan salah faham. Politik atau siasah wujud di dalam Islam. Nabi Muhammad S.A.W juga adalah seorang ahli politik. Baginda adalah manusia yang versatil. Baginda menjadi ahli ekonomi, suami, bapa, guru, pemimpin, Imam, panglima perang, dan juga hamba kepada Allah. [Trivia]: Allah S.W.T mengiktiraf Nabi S.A.W sebagai hamba-NYA melalui ayat pertama surah al-Isra'. Bahkan Nabi S.A.W … Continue reading Larangan Politikkan Agama, Agamakan Politik

Ulasan Tentang Boikot Bagi Warga Atas Pagar

Saya terkilan bercampur kecewa sebenarnya apabila melihat terlalu ramai orang yang bersikap apologetik terhadap usaha memperkasakan ekonomi Muslim. Seorang peguam hartanah dan 'media social influencer' (itu yang dia tulis pada profil Facebook miliknya) menempelak kempen ini dengan mengaitkannya dengan elemen sentimen ras dan agama. Ada juga doktor gigi yang turut senada dengan YB Lim Guang … Continue reading Ulasan Tentang Boikot Bagi Warga Atas Pagar

Seronoknya troll orang

Ketika isteri Rasulullah S.A.W, Saidatina Aisyah R.Anha difitnah kononnya beliau berzina (nauzubillah) dengan seorang sahabat mulia bernama Safwan Ibnul Muatthal R.A, ada segelintir orang beriman yang turut sama memarakkan lagi api fitnah. Mereka terikut-ikut dengan hasutan orang munafik. Mereka membawang dan bercakap-cakap berkenaan berita palsu tersebut. Kesalahan sebesar ini pun pernah berlaku kepada sahabat nabi. … Continue reading Seronoknya troll orang

Masih wajarkan Himpunan 812 sabtu ini?

Saya tertarik untuk memberi respon terhadap sebuah keratan komik pendek yang tular di Facebook, tentang perbualan 3 sekawan di sebuah kedai kopi. Orang pertama memerli rakan-rakannya, "Mufti sudah keluarkan kenyataan bahawa perhimpunan bantah ICERD sudah tidak perlu. Dengarlah cakap mufti", Rakannya memulangkan paku buah keras, "Eh, sejak bila kau dengar cakap mufti. Selama ini semua … Continue reading Masih wajarkan Himpunan 812 sabtu ini?

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pantang mundur kecuali operasi.

Saya rasa Datuk Seri Zahid Hamidi jika beliau mahu berhenti menjadi ahli politik, beliau layak untuk menjadi ahli keempat kumpulan pelawak ZERO. Dengan slogan, 'pantang mundur kecuali operasi', Datuk Seri Zahid Hamidi (DSZH) memiliki 'X factor' untuk menjadi seorang juara. Beliau tidak mudah mengalah, tidak gentar terhadap lawan, dan dalam masa yang sama, beliau juga … Continue reading Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pantang mundur kecuali operasi.

Kisah manusia-manusia yang menjual ‘harapan’

Bila bercakap tentang orang yang berubah hati, tak lengkap rasanya jika kita tak bercakap tentang 'musang berjanggut' dari Istanbul, iaitu Harun Yahya atau nama sebenarnya, Adnan Oktar. Harun adalah seorang televengelist iaitu 'pendakwah' yang mempunyai rancangan sendiri di kaca TV Turki. Cerita tentangnya boleh dibaca melalui banyak sumber. Seperti agamawan-agamawan lain, 'pendakwah palsu' ini juga … Continue reading Kisah manusia-manusia yang menjual ‘harapan’

Operasi ‘cekup’ khalwat. Perlu atau tidak?

Seperti kebanyakan orang, saya juga terkejut dengan kenyataan YB Mujahid tentang isu khalwat. Pada saya, kenyataan ini keluar pada masa yang tidak sesuai dan terlalu terburu-buru. Tidak salah jika saya katakan bahawa saya juga tidak bersetuju dengan ucapan beliau. Walau bagaimanapun keputusan dan pendirian beliau sentiasa boleh dicabar dengan hujah dan fakta. Namun begitu, saya … Continue reading Operasi ‘cekup’ khalwat. Perlu atau tidak?

Pramugari juga manusia

Ustaz Azhar Idrus pernah memuji pramugari MAS di dalam sebuah kuliahnya. Begitu juga dengan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang. Cerita mereka serupa. Mereka pernah disantuni oleh pramugari-pramugari ini dan menjawab soalan-soalan agama daripada mereka. Bukan sedikit yang mengadu dan kesal kerana terpaksa mengenakan pakaian yang mendedahkan tubuh. Rata-rata mereka memberikan alasan 'terpaksa' tetapi dalam masa … Continue reading Pramugari juga manusia