Politik & Mek

Balik kerja semalam, saya sempat berborak dengan emak. Kebetulan, di TV al-Hijrah ada penceramah sedang bercakap tentang PRU. Lantas emak saya bertanya, "Nanti mek nak 'pangkah' apa?" Emak saya orang Kelantan. Jadi kami adik beradik memanggilnya mek. "Manalah saya tahu", canda saya, sekadar mahu memancing perbualan. "Kalau PAS, nak pangkah apa?", soalnya lagi. Emak saya … Continue reading Politik & Mek

Mengenali Hajjaj Bin Yusuf

Minggu lepas, saya ada terbaca tulisan ringkas seorang ustaz selebriti; "Hajjaj Bin Yusuf membunuh Abdullah Bin Zubair dengan alasan mentaati ulul amri. Namun, tidak ada seorang pun ulama yang menyokong tindakan Hajjaj Bin Yusuf. Semua ulama mengingkari perbuatannya" Tulisan ustaz selebriti itu sebenarnya mempunyai banyak makna. Namun, tujuan sebenarnya hanya dia dan Allah S.W.T sahaja … Continue reading Mengenali Hajjaj Bin Yusuf

40 Tahun Ditipu, Rakyat Berang Diperdaya Sijil Halal Palsu

Saya baca di Facebook, berderet-deret orang kongsikan berita tentang jenayah kartel daging import. Yalah, siapa yang tak marah bila ditipu hidup-hidup selama 40 tahun. Tak sangka ada orang yang sanggup memalsukan sijil halal selepas disogok dengan wang ringgit.Padahal yang makan duit haram tu bukannya kaya-kaya dan jadi jutawan pun.Saya juga perasan, terlalu ramai yang mendoakan … Continue reading 40 Tahun Ditipu, Rakyat Berang Diperdaya Sijil Halal Palsu

Obsesi Agamawan Kepada Imej Anti-Agama.

Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan penularan gambar-gambar model busana pengantin yang bergambar di tanah perkuburan Kristian. Saya tertarik dengan komen-komen orang yang mengaitkan perbuatan itu sebagai "mencari kelaianan". Jika diamati, rata-rata orang yang memperjuangkan agenda liberal, anarki, berfahaman sosialis dan seumpamanya adalah kerana mereka juga mahu mencari kelainan. Nama-nama seperti Nukman Afifi dan Mariam … Continue reading Obsesi Agamawan Kepada Imej Anti-Agama.

PRK Tanjung Piai : Undilah Calon __ Berwibawa

Saya mengikuti perkembangan pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai dengan separuh-perhatian sahaja. Bukan sahaja saya kurang berminat, saya juga jemu dengan episod sama yang diulang tayang dalam drama politik kita. Bagi yang belum tahu, saya sebenarnya adalah penyokong PAS. Namun begitu, saya juga antara yang paling banyak mengkritik PAS dalam tulisan-tulisan saya. Kritikan dengan tujuan … Continue reading PRK Tanjung Piai : Undilah Calon __ Berwibawa

Arak Dalam Masyarakat Melayu

Setiap kali berlaku kematian yang berpunca daripada alkohol dan arak, kita boleh lihat di mana-mana sahaja orang bercakap dan menyuarakan bantahan ke atas penjualan alkohol. Namun perlu diingat bahawa bantahan seperti ini bukan bermula hari ini sahaja. Sebaliknya, ia bersifat bermusim dan seringkali, bermotifkan politik. Bila ada tragedi, barulah kita nampak bahayanya minuman ini. Sejak … Continue reading Arak Dalam Masyarakat Melayu

Hukuman Kepada Penghina Nabi, Sebuah Tulisan Penuh Kontroversi

Pembohongan di atas nama Nabi S.A.W telah lama berlaku. Daripada sekecil-kecil pembohongan untuk melariskan jualan terung (hadis tentang khasiat terung) sehinggalah kepada membunuh dengan nama Nabi S.A.W. Nabi S.A.W adalah manusia yang paling banyak diejek dan dihina orang. Apa yang orang kafir quraish tak cakap? Semua mereka kata. Tukang sihir, orang gila, pemecah belah masyarakat, … Continue reading Hukuman Kepada Penghina Nabi, Sebuah Tulisan Penuh Kontroversi

Nabi Muhammad S.A.W Adalah Seorang Feminis

Saya mempunyai banyak sebab untuk percaya bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang pejuang feminis. Feminisme adalah satu terma yang merujuk kepada suatu gerakan bersifat politikal, eknomikal dan kultural yang mempunyai dua misi utama, mewujudkan hak yang sama di antara lelaki dengan wanita, dan melindungi hak-hak wanita. Mendapat Hak Yang Sama. 1. Agama Islam muncul pada … Continue reading Nabi Muhammad S.A.W Adalah Seorang Feminis

B.J Habibie, You Are Cleared For Take Off.

Selamat berehat tuan presiden kesayangan rakyat Indonesia, bapak Bacharudin Jusuf Habibie atau lebih mesra dipanggil B.J Habibie. B.J Habibie adalah presiden Republik Indonesia ketiga dari tahun 1998 hingga 1999 bagi menggantikan Jeneral Suharto yang telah memerintah selama lebih 30 tahun. Karier politik B.J Habibie seperti 'roller coaster'. Dalam tempoh yang singkat sebagai presiden, beliau melakukan … Continue reading B.J Habibie, You Are Cleared For Take Off.