Mengapa Brad Pitt Bercerai Dengan Jennifer Aniston Dan Berkahwin Dengan Angelina Jolie

Bayangkan jika anda ialah Clint Barton atau Hawkeye di dalam filem Avengers End Game. Sedang menikmati masa berkualiti bersama keluarga, tiba-tiba sahaja seluruh ahli keluarganya 'hilang' kerana petikan jari Thanos. Di dalam filem itu, Clint Barton telah hilang pertimbangan. Dia cuba memujuk diri dan melepaskan kekecewaannya dengan cara memburu dan membunuh orang-orang jahat di seluruh … Continue reading Mengapa Brad Pitt Bercerai Dengan Jennifer Aniston Dan Berkahwin Dengan Angelina Jolie

Ikhtilat Orang Dewasa

Tak ramai orang yang sanggup bercakap tentang ikhtilat. Mungkin kerana bimbang dikatakan seperti meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri. Betapa seriusnya masalah ini hinggakan bukan orang biasa sahaja yang terlibat, pelajar jurusan agama dan ustaz sendiri pun terlibat dalam ikhtilat. Iktilat dalam bahasa arab bermaksud percampuran, manakala pada sudut syarak bermaksud pergaulan di antara … Continue reading Ikhtilat Orang Dewasa

Kritikan sosial kepada PU Bobo (Bobo di mana).

Kadang-kadang bila saya bosan, saya akan membuka aplikasi YouTube di telefon pintar saya dan menekan ikon 'trending'. Dalam banyak-banyak video yang sedang tular dan mendapat 'views' yang tinggi, saya tertarik dengan klip video Datuk Alif Syukri yang sedang marah-marah kepada PU Amin. Dalam masa yang sama, dia juga ada menyebut tentang video 'remake' kepada lagu … Continue reading Kritikan sosial kepada PU Bobo (Bobo di mana).

Pramugari juga manusia

Ustaz Azhar Idrus pernah memuji pramugari MAS di dalam sebuah kuliahnya. Begitu juga dengan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang. Cerita mereka serupa. Mereka pernah disantuni oleh pramugari-pramugari ini dan menjawab soalan-soalan agama daripada mereka. Bukan sedikit yang mengadu dan kesal kerana terpaksa mengenakan pakaian yang mendedahkan tubuh. Rata-rata mereka memberikan alasan 'terpaksa' tetapi dalam masa … Continue reading Pramugari juga manusia

Tidak bertudung, tidak kafir.

Agak menghairankan apabila kita menerima dan menolak seseorang, hanya dengan sebuah skrip penilaian sahaja. Umpama menyarung sebelah sahaja kasut, sebelah lagi dibiar berkaki ayam. Berjalan tak lama, kotor dan berdarah tapak kaki. Begitulah kita apabila menilai seseorang hanya dengan teks fiqh sahaja. Padahal fiqh boleh berubah mengikut zaman, masa, dan situasi. Contoh terdekat adalah apabila … Continue reading Tidak bertudung, tidak kafir.

Pornografi dan lelaki heterosexual.

Saya selalu dengar orang kata yang lelaki ada 9 akal, 1 nafsu tapi perempuan pula ada 9 nafsu dan 1 akal. Puas saya cari sumbernya tapi setakat hari ini belum berjumpa. Mengaitkan banyaknya nafsu dan kurangnya akal kepada seseorang, adalah penghinaan buatnya. Tiada manusia yang suka dicop sebagai hamba nafsu. Tetapi malangnya, ramai dalam kalangan … Continue reading Pornografi dan lelaki heterosexual.