Kajian Kes Pemandu Merempuh Sekumpulan Remaja Berbasikal Lajak

Saya membaca kes Sam Ke Ting, suspek yang menyebabkan kematian 8 orang remaja yang sedang menunggang basikal, dengan penuh perhatian dan hati-hati. Isu ini sensitif kerana ada sekam perkauman. Jika kita terbuai dengan emosi dan sentimen, kita akan membakarnya. Asap tebal inilah nanti yang akan menutup pernafasan kita daripada menghirup kebenaran, dan mengaburkan mata kita … Continue reading Kajian Kes Pemandu Merempuh Sekumpulan Remaja Berbasikal Lajak

Penyakit SLE: penyakit ‘buatan orang’ zaman dahulu.

SLE adalah singkatan kepada systemic lupus erythematosus, ialah sebuah penyakit autoimmune. Autoimmune adalah keadaan di mana sistem immunisasi pesakit akan bertindak secara salah dengan menyerang sel-sel badan yang baik. SLE mempunyai banyak kategori dan tahap (severity). Kebanyakan simptom penyakit ini jatuh dalam kategori 36 penyakit kritikal dan akan mengalami masalah jika mahu mendaftar untuk takaful/medical … Continue reading Penyakit SLE: penyakit ‘buatan orang’ zaman dahulu.

Mengapa Kapal Terbang Tidak Rosak Selepas Disambar Oleh Petir

Insiden pesawat disambar petir sebenarnya banyak. Namun, saya tidak menemui sebarang statistik dengan jumlah yang tepat. Mujurlah seorang astrophysicist dari Amerika, Sabrina Stierwalt pernah menulis sebuah jurnal pada tahun 2017 dengan mengatakan di Amerika sahaja, secara purata setiap kapal terbang komersial akan disambar petir sekali setiap tahun atau setiap 1,000 jam penerbangan. Jika seorang manusia … Continue reading Mengapa Kapal Terbang Tidak Rosak Selepas Disambar Oleh Petir

Tiada Suatu Kehidupan Pun Yang Tidak Salah.

Di dalam buku 'Rich Dad Poor Dad', Robert Kiyosaki menyeru supaya pemuda-pemuda mula melibatkan diri di dalam dunia pelaburan dan hartanah pada usia muda kerana orang muda mempunyai tempoh 'recovery' yang lebih panjang dan berkesan berbanding dengan orang tua jika mereka melakukan kesilapan yang serupa. Hakikatnya, pelaburan yang merugikan bukan sahaja wujud di dalam kewangan … Continue reading Tiada Suatu Kehidupan Pun Yang Tidak Salah.

TIPS MENGHANTAR KARYA RUNCITAN ATAU ECERAN

Penulis: Rozalia Rajali. Emel: rozaliarajali@gmail.com Ceritanya begini. Ada kalangan rakan-rakan yang menulis santai-santai meminta perkongsian cara untuk menghantar karya tersebut ke media. Kita faham bahawa tidak semua orang boleh terus menulis sebuah buku sempurna. Ada yang bekerja keras untuk menulis walau hanya sebuah sajak, cerpen atau artikel. Jadi, bagaimana mahu menerbitkan hasil penulisan tersebut? Jadi, … Continue reading TIPS MENGHANTAR KARYA RUNCITAN ATAU ECERAN

B.J Habibie, You Are Cleared For Take Off.

Selamat berehat tuan presiden kesayangan rakyat Indonesia, bapak Bacharudin Jusuf Habibie atau lebih mesra dipanggil B.J Habibie. B.J Habibie adalah presiden Republik Indonesia ketiga dari tahun 1998 hingga 1999 bagi menggantikan Jeneral Suharto yang telah memerintah selama lebih 30 tahun. Karier politik B.J Habibie seperti 'roller coaster'. Dalam tempoh yang singkat sebagai presiden, beliau melakukan … Continue reading B.J Habibie, You Are Cleared For Take Off.

Tragedi Beita 1988

Zionisme mempunyai sejarah yang panjang tentang pertumpahan darah. Ideologi ini pada mulanya hanya tertumpu kepada misi kepulangan (aliyah) bangsa Yahudi ke Jerusalem, sebelum menjadi semakin ekstrem dan radikal dengan idea 'Negara Taurat' mereka. Parti Buruh yang memerintah sehingga tahun 1977, seringkali bersikap waras dan berhati-hati dalam menangani permusuhan di antara orang Arab, sebagai penduduk asal … Continue reading Tragedi Beita 1988

Al-Hawari, kadi Damsyik yang membatalkan puasa di tengah-tengah masjid.

Tak banyak sebenarnya kita tahu tentang Perang Salib yang pernah menjadi mimpi ngeri kepada umat Islam di Jerusalem. Para ksatria Kristian merempuh masuk ke dalam kota mereka, membunuh, merampas, dan memusnahkan harta benda mereka. Peristiwa ini berlaku pada tarikh 7 Jun 1099, iaitu lebih 2 tahun selepas para peserta ekspedisi 'suci' ini meninggalkan kampung halaman … Continue reading Al-Hawari, kadi Damsyik yang membatalkan puasa di tengah-tengah masjid.

Benarkah Membaca Tanpa Guru Ibarat Berguru Dengan Syaitan.

Polemik "tudung" di dalam masyarakat Malaysia bukanlah benda baharu. Bukan seorang dua yang berhujah, kononnya rambut bukan aurat kerana ia tidak disebut secara khusus di dalam al-Quran. Sebaliknya, golongan "orang paling alim di zaman ini" mendakwa berhijab adalah budaya orang arab semata-mata. Dalam mengenali agama Islam, kita harus mengetahui bahawa agama Islam berkongsi susur galur … Continue reading Benarkah Membaca Tanpa Guru Ibarat Berguru Dengan Syaitan.