Homoseksualiti Dalam Islam

Sudah tahun 2021, sepatutnya saya sudah boleh berhenti bercakap tentang LGBT. Namun, baru-baru ini saya tanpa sengaja tertonton rakaman video seorang pelakon lelaki yang mengaku dirinya pondan, tidak bernafsu kepada mana-mana wanita, dan berbangga kerana dilahirkan sebegitu. Benarkah dakwaannya? Di Malaysia, pondan, gay, atau lesbian adalah tabu di dalam masyarkat. Aktiviti begitu dianggap hina, jijik, … Continue reading Homoseksualiti Dalam Islam

Obsesi Agamawan Kepada Imej Anti-Agama.

Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan penularan gambar-gambar model busana pengantin yang bergambar di tanah perkuburan Kristian. Saya tertarik dengan komen-komen orang yang mengaitkan perbuatan itu sebagai "mencari kelaianan". Jika diamati, rata-rata orang yang memperjuangkan agenda liberal, anarki, berfahaman sosialis dan seumpamanya adalah kerana mereka juga mahu mencari kelainan. Nama-nama seperti Nukman Afifi dan Mariam … Continue reading Obsesi Agamawan Kepada Imej Anti-Agama.

Nabi Muhammad S.A.W Adalah Seorang Feminis

Saya mempunyai banyak sebab untuk percaya bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang pejuang feminis. Feminisme adalah satu terma yang merujuk kepada suatu gerakan bersifat politikal, eknomikal dan kultural yang mempunyai dua misi utama, mewujudkan hak yang sama di antara lelaki dengan wanita, dan melindungi hak-hak wanita. Mendapat Hak Yang Sama. 1. Agama Islam muncul pada … Continue reading Nabi Muhammad S.A.W Adalah Seorang Feminis

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pantang mundur kecuali operasi.

Saya rasa Datuk Seri Zahid Hamidi jika beliau mahu berhenti menjadi ahli politik, beliau layak untuk menjadi ahli keempat kumpulan pelawak ZERO. Dengan slogan, 'pantang mundur kecuali operasi', Datuk Seri Zahid Hamidi (DSZH) memiliki 'X factor' untuk menjadi seorang juara. Beliau tidak mudah mengalah, tidak gentar terhadap lawan, dan dalam masa yang sama, beliau juga … Continue reading Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pantang mundur kecuali operasi.

One size doesn’t fit all

Tiada satu pun ubat yang boleh menyembuhkan kesemua jenis penyakit. Dalam hadis "habbatus sauda penyembuh segala penyakit, kecuali mati" itu sekalipun, para ulama berbeza pandangan dan menyimpulkan akan adanya penyakit 'panas' dan penyakit 'sejuk', yang mana habbatus sauda' hanya berkesan untuk penyakit panas, tidak pada penyakit sejuk. Antara ulama yang berkomentar sedemikian adalah al-Hafiz Ibn … Continue reading One size doesn’t fit all

Hak golongan LGBT di Malaysia

Salman al-Farisi R.A dan Abu Darda' R.A adalah dua orang sahabat Nabi S.A.W yang dipersaudarakan oleh Baginda daripada kalangan Muhajirin dan Ansar. Mereka berdua sangat akrab. Salman al-Farisi pernah menasihati Abu Darda' kerana Abu Darda' terlalu khusyuk dan tenggelam dalam beribadah hinggakan isteri Abu Darda' merasakan terabai lalu meminta Salman al-Farisi supaya menasihati suaminya. "Sesungguhnya … Continue reading Hak golongan LGBT di Malaysia

Numan Afifi is my bro too! (LGBT dan Naturist juga)

Antara alasan yang popular dan sering digunakan oleh pelaku-pelaku LGBT adalah, "Ini adalah fitrah kami". Mereka 'menyalahkan' fitrah seolah-olah Allah S.W.T 'sengaja' mencipta mereka sebegitu. Oleh kerana Allah 'menjadikan' mereka bernafsu kepada sesama jantina, cenderung untuk menukar orientasi seksual dan jantina, maka mereka 'berkewajipan' mengikut 'ketentuan' Allah S.W.T itu. Padahal terlalu banyak ketentuan-ketentuan Allah S.W.T … Continue reading Numan Afifi is my bro too! (LGBT dan Naturist juga)