Orang-Orang Yang Diperangkap Oleh Dalil

Saya tertarik dengan kata-kata orang ahli politik senior di tanah air kita ketika dicabar oleh musuh politiknya untuk berdebat. Dengan tenang dia menjawab, "Berdebat bukan budaya kita". Ini membuatkan saya teringat akan sebuah hadis, Dari Abu Umamah al-Bahili R.A, beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga bagi orang yang meninggalkan … Continue reading Orang-Orang Yang Diperangkap Oleh Dalil

Tuhan Dua Orang Yang Berbalah

Pernah tak anda terfikir, jika ada dua pihak yang berkelahi, Tuhan akan berpihak kepada siapa? Jawab kita, sudah tentulah kepada 'kebenaran'. Tapi bagaimana jika kedua-dua pihak merasakan diri mereka benar? Saya bukan nak mengkritik sahabat Nabi. Jauh sekali hendak menjatuhkan martabat mereka. Namun bagaimana jika situasi zaman dahulu, terjadi hari ini. Hari di mana manjanik … Continue reading Tuhan Dua Orang Yang Berbalah

Kenapa Konsert Dibenarkan, Solat Jemaah Tidak Dibenarkan?

Tenang dulu. Pada saya, soalan ini sah dan munasabah. Lebih-lebih lagi apabila program hiburan di kaca televisyen kembali rancak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Buka sahaja TV3. Bermacam-macam program ada. Itu belum masuk siaran televisyen yang lain. Justeru, apabila ada segelintir kecil antara kita yang meluahkan keresahan, merungut, dan mempersoalkan situasi yang janggal ini, janganlah … Continue reading Kenapa Konsert Dibenarkan, Solat Jemaah Tidak Dibenarkan?

Nikah cerai dan persoalan-persoalan yang berkaitan

Saya rasalah, antara mimpi ngeri orang yang sudah berkahwin adalah, apabila mereka terpaksa menukar status mereka kepada janda atau duda. Bukan apa, kerana selain daripada implikasi teknikal, perubahan status ini juga mempunyai banyak implikasi hukum. Kita akan bincang satu per satu. 1. Hinakah penceraian? Perceraian adalah salah satu daripada instrumen yang diselia oleh agama. Tidak … Continue reading Nikah cerai dan persoalan-persoalan yang berkaitan

Ku Lebih Mengenalinya

Saya sebenarnya tak berminat nak ambil tahu hal keluarga orang. Tapi biasalah, manusia. Bila dah selalu sangat lalu di timeline, saya tewas kepada curiosity. Tonton dan ikuti juga polemik dalaman di antara balu seorang pelawak dengan keluarga mertuanya. Ada sebuah komen yang menarik perhatian saya. Tulisnya lebih kurang begini; "Ali tu kan adik dia. Hidayah … Continue reading Ku Lebih Mengenalinya

Masalah mental dan kurangnya agama.

Saya selalu membaca debat di dalam internet berkenaan kaitan di antara agama dengan masalah mental. Ada pendapat ekstrem kiri, yang menolak mentah-mentah kaitan di antara agama dengan masalah mental. Ada pula yang terlalu kanan, yang merasakan masalah mental berpunca kerana kurangnya pegangan agama seseorang. Adapun saya, di tengah-tengah. Saya percaya bahawa orang yang kuat beragama … Continue reading Masalah mental dan kurangnya agama.

7 Karakter Kehidupan yang Simple

Semua orang mahukan kehidupan yang mudah. Tidak rumit, tidak juga penuh protokol. Kita mahu bebas melakukan apa sahaja yang kita mahu atau pergi ke mana-mana saja yang kita rancang. Namun kita perlu ingat, kehidupan yang ringkas bukan bermakna kita akan kalis ujian, tidak perlu berusaha, atau kebal daripada kegagalan. Pernah suatu ketika, ada seorang yang … Continue reading 7 Karakter Kehidupan yang Simple

Gejala Default Opinion dan Double Standard Yang Meruncing

Ada sebuah artikel berbahasa Inggeris yang saya baca beberapa hari lepas, dan isinya sentiasa melekat di dalam kepala hingga ke hari ini. https://stepfeed.com/double-standards-in-the-muslim-world-the-mo-salah-edition-0473 Apa yang ditulis itu sebenarnya agak kontroversi. Jadi sebelum saya ulas apa-apa, penting untuk saya tegaskan bahawa saya bukan seorang feminis, jauh sekali mempertikaikan hukum. Di dalam artikel tersebut, subjek yang dibincangkan … Continue reading Gejala Default Opinion dan Double Standard Yang Meruncing

Masalah Buli Di Asrama, Pejabat, dan Internet

Saya ada membaca sebuah tangkap layar (screenshot) seorang pengguna twitter yang berjenaka tentang suatu kes buli yang melibatkan adiknya. Saya rasa semua orang pun tahu ini kes yang mana. Sejujurnya, saya tidak merasakan yang isu buli adalah isu yang kecil. Lebih-lebih lagi hingga kita tergamak untuk berkata, "Saya ingatkan anak awak mati sebab kena iron!". … Continue reading Masalah Buli Di Asrama, Pejabat, dan Internet