Memahami SPEECH DELAY Dan Kesannya Kepada Anak-Anak Dan Ibubapa

Setiap ibubapa pasti risau jika anaknya menjengah usia 2 tahun, namun belum ada perkataan pertama (first word) lagi yang berjaya dituturkan. Saya ingat lagi semasa Busyro berusia 2 tahun, Busyro juga didignosis mengalami masalah "speech delay". Ketika itu, arwah uminya sangat risau. Sayalah yang terpaksa memujuknya untuk bertenang. Busyro terpaksa kami hantar untuk terapi, dan … Continue reading Memahami SPEECH DELAY Dan Kesannya Kepada Anak-Anak Dan Ibubapa

Menanam Minat Anak-Anak Terhadap Dinosaur

Anak anda suka dinosaur? Anak saya, Busyro tak suka. Padanya, dinosaur ni permainan budak lelaki. Pening juga kepala saya, sebab rasanya saya tak pernah memberi kelas gender kepada permainan anak-anak. Sebagai ibu atau bapa, pernahkah anak anda bertanya anda, "Benarkah dinosaur wujud?" "Dinosaur atau Nabi Adam yang hidup dahulu?" "Semasa Nabi Adam turun ke bumi, … Continue reading Menanam Minat Anak-Anak Terhadap Dinosaur

Cerpen: Cikgu Kampung

Angin petang berpupuk nyaman, memukul lembut pipi Akiff Firdaus. Dia mendepakan kedua belah tangannya. Mata sepetnya dipejam. Dia benar-benar sedang menikmati keindahan senja ciptaan Tuhan. Hari itu, genap setahun dia bermaustatin di kampung ini. Lebih tepat, di pedalaman yang jauh ditinggalkan oleh hiruk-pikuk kota. Akiff mengulum senyuman lebar. Bibirnya bergerak-gerak kejap, menguntum rasa syukur pada … Continue reading Cerpen: Cikgu Kampung

CERPEN: Korban Akal

Aku ni dari dahulu suka bertanya. Banyak soalan-soalanku yang dijawab, tapi banyak juga yang tidak. Bahkan banyak pula soalanku yang bila makin dijawab, makin membuatku tertanya-tanya. Kata ayah, sejak kecil lagi aku suka menjawab. Jika disuruhku tidur, aku akan bertanya, kenapa manusia kena tidur? Apa akan jadi jika tidak cukup tidur? Mengapa mulut kita berbau … Continue reading CERPEN: Korban Akal

40 Hari Mencintai-Mu

Bab cinta ni panjang. Drama 7 Hari Mencintaiku itu pun sebenarnya lebih daripada 7 hari. Padahal itu baru cinta manusia. Yang kita nak cakap ni lebih besar, iaitu cinta Allah. Semua orang ada kecenderungan untuk klaim dan mengaku dirinya cinta kepada Allah. Paradoks, kerana ramai juga yang tidak tahu apa maksud cinta kepada Allah atau … Continue reading 40 Hari Mencintai-Mu

Kecelaruan Berfikir Yang Menyebabkan Manusia Murtad.

Antara ancaman terbesar umat Islam adalah kelahiran ism-ism yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kita bukan bercakap tentang perbezaan antara aswaja dengan salafi. Yang itu pun masalah juga kerana aspek seperti al-Sawad al-A'zhom (kesepakatan ulama zaman berzaman) telah diabai dan dipandang ringan oleh sesetengah kita. Tapi untuk hari ini, kita tidak bercakap tentang itu. Kita … Continue reading Kecelaruan Berfikir Yang Menyebabkan Manusia Murtad.

Buku-buku Yang Wajib Dibaca Sebelum Tua

Kita sering mendengar keluhan kononnya bangsa kita pemalas dan tidak suka membaca. Sebenarnya 'malas' hanyalah salah satu punca. Sebenarnya banyak lagi punca yang menyebabkan kadar membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian pada tahun 2014 daripada Perpustakaan Negara Malaysia mendapati secara purata, rakyat Malaysia membaca lebih kurang 15 buah buku setahun. Data ini seakan-akan … Continue reading Buku-buku Yang Wajib Dibaca Sebelum Tua

Numan Afifi is my bro too! (LGBT dan Naturist juga)

Antara alasan yang popular dan sering digunakan oleh pelaku-pelaku LGBT adalah, "Ini adalah fitrah kami". Mereka 'menyalahkan' fitrah seolah-olah Allah S.W.T 'sengaja' mencipta mereka sebegitu. Oleh kerana Allah 'menjadikan' mereka bernafsu kepada sesama jantina, cenderung untuk menukar orientasi seksual dan jantina, maka mereka 'berkewajipan' mengikut 'ketentuan' Allah S.W.T itu. Padahal terlalu banyak ketentuan-ketentuan Allah S.W.T … Continue reading Numan Afifi is my bro too! (LGBT dan Naturist juga)

Mata satu, ada ekor, atas tanah.

"Panjang sangatlah. Boleh lukis tak?" Itu adalah antara komen netizen bila disuruh membaca. Mereka ada semangat tapi tiada maklumat. Mereka mahu tahu tapi tak mahu membaca. Bahkan tidak sedikit daripada kita yang bersikap seperti seorang bayi, hanya mahu 'disuap' dengan maklumat. Sikap ini adalah sangat merbahaya, kerana apabila kita hanya tahu mengangakan mulut saja, maka … Continue reading Mata satu, ada ekor, atas tanah.