Perihal Jodoh

Dulu kan, saya fikir orang tak berkahwin sebab tak ada duit. Masa tahun 2010, dah mula kecoh pasal isu hantaran ni. Cerita tentang hantaran berjumlah RM 50,000 ini sangatlah mengerikan lebih-lebih lagi kepada lelaki. Bukan seorang dua yang terpaksa mematikan hasrat untuk berkahwin awal. Yalah, kerja pun gaji baru RM 1,200 sebulan. Berapa lama baru … Continue reading Perihal Jodoh

Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 2)

Dulu, saya suka membaca tulisan Tuan Khairul Abdullah atau dikenali sebagai Superdaddy. Liku-liku membesarkan 3 orang anak lelakinya, sangat menarik. Kadang-kadang kita tertawa, kadang-kadang kita sama-sama menyeka air mata. Tapi ada satu komen daripada pembacanya yang buat saya geram dan terpukul kerana apa yang dikatanya, saya boleh kaitkan dengan diri sendiri. Kata wanita itu, "Bagus … Continue reading Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 2)

Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 1)

Saya berkira-kira sama ada mahu berkongsi atau tidak. Namun, selepas dicongak-congak, saya rasa wajar jika pengalaman ini saya susun menjadi perkataan, dan seterusnya, menjadi sebuah naskah. Hampir semua suami isteri pernah mandi bersama-sama, tapi berapa ramai yang pernah memandikan mayat pasangannya. Begitu juga, hampir semua pasangan suami isteri pernah membelikan pasangan mereka baju atau pakaian … Continue reading Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 1)

Apa Tujuan Anda Bernikah?

Tahun 2013, tak pernah terlintas pun dalam hati yang saya akan berhijrah daripada sebuah syarikat penerbangan nasional yang berstatus gergasi, ke sebuah syarikat penerbangan tambang murah. Berikutan beberapa faktor yang mendesak, keputusan untuk bertukar majikan, saya buat tanpa perlu berfikir panjang. Tahun 2014, semasa pernikahan kali pertama saya, tak terlintas sedikit pun dalam hati yang … Continue reading Apa Tujuan Anda Bernikah?

Pesanan Buat Wali

Setiap orang mahukan yang terbaik untuk anak mereka, termasuklah dalam soal jodoh. Kalau boleh, biarlah anak kita berjodohan dengan orang beriman yang berharta, tapi kalau tidak boleh, cukuplah jika jodohnya itu dengan orang yang beriman.Tak dapat beri sebuah istana pun, paling tidak, dia tidak akan pukul anak kita. Dia layan anak kita baik-baik.Namun sedar atau … Continue reading Pesanan Buat Wali

Bagaimana Kita Mahu Memaafkan

Akhirnya selepas beberapa hari, kini barulah saya rasa yang saya sudah benar-benar boleh memaafkan 'orang itu'. Berat sekali bencana fitnah, patutlah Nabi S.A.W memberi amaran keras kepada orang-orang yang suka mengadu domba ini. 'Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba' (Hadis riwayat Bukhari & Muslim) Sebenarnya, sampai sekarang pun saya masih belum tahu … Continue reading Bagaimana Kita Mahu Memaafkan

Nikah cerai dan persoalan-persoalan yang berkaitan

Saya rasalah, antara mimpi ngeri orang yang sudah berkahwin adalah, apabila mereka terpaksa menukar status mereka kepada janda atau duda. Bukan apa, kerana selain daripada implikasi teknikal, perubahan status ini juga mempunyai banyak implikasi hukum. Kita akan bincang satu per satu. 1. Hinakah penceraian? Perceraian adalah salah satu daripada instrumen yang diselia oleh agama. Tidak … Continue reading Nikah cerai dan persoalan-persoalan yang berkaitan

Ku Lebih Mengenalinya

Saya sebenarnya tak berminat nak ambil tahu hal keluarga orang. Tapi biasalah, manusia. Bila dah selalu sangat lalu di timeline, saya tewas kepada curiosity. Tonton dan ikuti juga polemik dalaman di antara balu seorang pelawak dengan keluarga mertuanya. Ada sebuah komen yang menarik perhatian saya. Tulisnya lebih kurang begini; "Ali tu kan adik dia. Hidayah … Continue reading Ku Lebih Mengenalinya

Suami Yang Dibanggakan Nabi

Saya faham jika ada perempuan 'perasan' kononnya mereka dipinggirkan oleh agama. Sangkaan ini pun bukannya sebuah serkap jarang. Ada asasnya. Jika kita membenam mata dan telinga kita cukup jauh ke dalam masyarakat, kita pasti boleh melihat di mana kegobrokan ini. Sayang sekali, kita terlalu idealis sehingga kita menafsirkan kebenaran secara salah. Wanita adalah mangsa birokrasi … Continue reading Suami Yang Dibanggakan Nabi