Perihal Jodoh

Dulu kan, saya fikir orang tak berkahwin sebab tak ada duit. Masa tahun 2010, dah mula kecoh pasal isu hantaran ni. Cerita tentang hantaran berjumlah RM 50,000 ini sangatlah mengerikan lebih-lebih lagi kepada lelaki. Bukan seorang dua yang terpaksa mematikan hasrat untuk berkahwin awal. Yalah, kerja pun gaji baru RM 1,200 sebulan. Berapa lama baru … Continue reading Perihal Jodoh

Untuk Kamu Yang Suka Membaca

Jujur sahaja, antara membaca dan menulis, saya lebih sukakan pilihan pertama. Kadangkala, nak mengarang 1 ayat itu mengambil masa 30 saat, sedangkan untuk membacanya tak sampai pun 3 saat. Kerana itulah seringkali timbul rasa jemu, bosan, dan putus asa bila saya menulis panjang-panjang di Facebook, tetapi tak dapat engagement seperti yang diharapkan. Tak nampak likes … Continue reading Untuk Kamu Yang Suka Membaca

Ketika matinya Abdullah Bin Ubai

Pada saya, mati adalah musibah terbesar buat seorang manusia kerana selepas roh melepasi kerongkong, pintu taubat seseorang itu dikunci serapat-rapatnya. Dah mati, usahkan nak solat 4 rakaat, nak mengucap satu ucapan subhanallah pun sudah tak boleh. Bahkan dalam al-Quran, Allah S.W.T beritahu tentang penyesalan manusia, yang meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk bersedekah. Panjanglah ceritanya … Continue reading Ketika matinya Abdullah Bin Ubai

Kisah Budak SPM

Jika dahulu anda tanya saya, penting sangatkah dapat berapa banyak A dalam keputusan SPM, maka jawapan saya adalah, "Sangat-sangat penting", tetapi kalau tanya saya sekarang, saya cuma akan jawab, "Penting". Dahulu, saya pun memiliki idea yang sama seperti semua anak remaja seusia dengan saya. Nak banggakan mak ayah, kena dapat banyak A. Nak berjaya dalam … Continue reading Kisah Budak SPM

Panduan Memilih Mainan Bayi 1-7 Bulan

Setiap bayi yang lahir memerlukan ransangan daripada ibubapa. Ransangan ini biasanya datang dalam bentuk permainan, pertuturan, aktiviti, dan lain-lain. Bayi seawal usia sehari hingga 3 bulan hanya mampu melihat sejauh 8 inci sahaja daripada mata mereka. Mereka juga tidak mengenali warna. Mereka cuma tahu hitam dan putih sahaja. Begitu juga dengan pendengaran mereka. Mereka cuma … Continue reading Panduan Memilih Mainan Bayi 1-7 Bulan

Memahami SPEECH DELAY Dan Kesannya Kepada Anak-Anak Dan Ibubapa

Setiap ibubapa pasti risau jika anaknya menjengah usia 2 tahun, namun belum ada perkataan pertama (first word) lagi yang berjaya dituturkan. Saya ingat lagi semasa Busyro berusia 2 tahun, Busyro juga didignosis mengalami masalah "speech delay". Ketika itu, arwah uminya sangat risau. Sayalah yang terpaksa memujuknya untuk bertenang. Busyro terpaksa kami hantar untuk terapi, dan … Continue reading Memahami SPEECH DELAY Dan Kesannya Kepada Anak-Anak Dan Ibubapa

Penipuan-Penipuan Terbesar Syaitan

Dalam epistimologi setiap agama, hampir kesemua agama mempunyai konsep iblis, syaitan atau "the devil". Jika dalam agama Islam dan Kristian, penganut kedua-dua agama paling dominan di dunia ini percaya bahawa iblis dahulu adalah seorang malaikat yang paling dekat dengan Tuhan, namun telah terlaknat dek kerana keegoan dan keengganannya untuk sujud hormat kepada Nabi Adam A.S. … Continue reading Penipuan-Penipuan Terbesar Syaitan

Menanam Minat Anak-Anak Terhadap Dinosaur

Anak anda suka dinosaur? Anak saya, Busyro tak suka. Padanya, dinosaur ni permainan budak lelaki. Pening juga kepala saya, sebab rasanya saya tak pernah memberi kelas gender kepada permainan anak-anak. Sebagai ibu atau bapa, pernahkah anak anda bertanya anda, "Benarkah dinosaur wujud?" "Dinosaur atau Nabi Adam yang hidup dahulu?" "Semasa Nabi Adam turun ke bumi, … Continue reading Menanam Minat Anak-Anak Terhadap Dinosaur

Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 2)

Dulu, saya suka membaca tulisan Tuan Khairul Abdullah atau dikenali sebagai Superdaddy. Liku-liku membesarkan 3 orang anak lelakinya, sangat menarik. Kadang-kadang kita tertawa, kadang-kadang kita sama-sama menyeka air mata. Tapi ada satu komen daripada pembacanya yang buat saya geram dan terpukul kerana apa yang dikatanya, saya boleh kaitkan dengan diri sendiri. Kata wanita itu, "Bagus … Continue reading Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 2)