Panduan Memilih Mainan Bayi 1-7 Bulan

Setiap bayi yang lahir memerlukan ransangan daripada ibubapa. Ransangan ini biasanya datang dalam bentuk permainan, pertuturan, aktiviti, dan lain-lain. Bayi seawal usia sehari hingga 3 bulan hanya mampu melihat sejauh 8 inci sahaja daripada mata mereka. Mereka juga tidak mengenali warna. Mereka cuma tahu hitam dan putih sahaja. Begitu juga dengan pendengaran mereka. Mereka cuma … Continue reading Panduan Memilih Mainan Bayi 1-7 Bulan

Memahami SPEECH DELAY Dan Kesannya Kepada Anak-Anak Dan Ibubapa

Setiap ibubapa pasti risau jika anaknya menjengah usia 2 tahun, namun belum ada perkataan pertama (first word) lagi yang berjaya dituturkan. Saya ingat lagi semasa Busyro berusia 2 tahun, Busyro juga didignosis mengalami masalah "speech delay". Ketika itu, arwah uminya sangat risau. Sayalah yang terpaksa memujuknya untuk bertenang. Busyro terpaksa kami hantar untuk terapi, dan … Continue reading Memahami SPEECH DELAY Dan Kesannya Kepada Anak-Anak Dan Ibubapa

Penipuan-Penipuan Terbesar Syaitan

Dalam epistimologi setiap agama, hampir kesemua agama mempunyai konsep iblis, syaitan atau "the devil". Jika dalam agama Islam dan Kristian, penganut kedua-dua agama paling dominan di dunia ini percaya bahawa iblis dahulu adalah seorang malaikat yang paling dekat dengan Tuhan, namun telah terlaknat dek kerana keegoan dan keengganannya untuk sujud hormat kepada Nabi Adam A.S. … Continue reading Penipuan-Penipuan Terbesar Syaitan

Menanam Minat Anak-Anak Terhadap Dinosaur

Anak anda suka dinosaur? Anak saya, Busyro tak suka. Padanya, dinosaur ni permainan budak lelaki. Pening juga kepala saya, sebab rasanya saya tak pernah memberi kelas gender kepada permainan anak-anak. Sebagai ibu atau bapa, pernahkah anak anda bertanya anda, "Benarkah dinosaur wujud?" "Dinosaur atau Nabi Adam yang hidup dahulu?" "Semasa Nabi Adam turun ke bumi, … Continue reading Menanam Minat Anak-Anak Terhadap Dinosaur

Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 2)

Dulu, saya suka membaca tulisan Tuan Khairul Abdullah atau dikenali sebagai Superdaddy. Liku-liku membesarkan 3 orang anak lelakinya, sangat menarik. Kadang-kadang kita tertawa, kadang-kadang kita sama-sama menyeka air mata. Tapi ada satu komen daripada pembacanya yang buat saya geram dan terpukul kerana apa yang dikatanya, saya boleh kaitkan dengan diri sendiri. Kata wanita itu, "Bagus … Continue reading Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 2)

Hikayat Madu Tualang

Cerita pasal madu, saya teringat kepada gurauan kawan saya. Katanya, kalau nak uji madu tu asli atau tak, cuba bawa balik ke rumah. Kalau isteri marah, makna madu tu asli lah. Sebenarnya ada beberapa cara menguji keaslian madu. 1. Larutkan sesudu madu ke dalam segelas air. Jika air itu jernih saja, kemungkinan madu itu tiruan. … Continue reading Hikayat Madu Tualang

Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 1)

Saya berkira-kira sama ada mahu berkongsi atau tidak. Namun, selepas dicongak-congak, saya rasa wajar jika pengalaman ini saya susun menjadi perkataan, dan seterusnya, menjadi sebuah naskah. Hampir semua suami isteri pernah mandi bersama-sama, tapi berapa ramai yang pernah memandikan mayat pasangannya. Begitu juga, hampir semua pasangan suami isteri pernah membelikan pasangan mereka baju atau pakaian … Continue reading Pengalaman Kehilangan Pasangan Hidup (Part 1)

Dua Perbezaan Orang Baik

Semakin saya dewasa, semakin saya sedar bahawa manusia yang baik itu ada dua kumpulan. Manusia yang baik kerana tidak diuji, dan manusia yang baik walaupun setelah diuji. Saya ingat lagi, semasa saya remaja dahulu, ada seorang ustaz pernah cakap kepada saya dan kawan-kawan, "Kita tengok adik-adik ni baik, rajin datang kuliah maghrib, rajin datang ke … Continue reading Dua Perbezaan Orang Baik

Mengenali Hajjaj Bin Yusuf

Minggu lepas, saya ada terbaca tulisan ringkas seorang ustaz selebriti; "Hajjaj Bin Yusuf membunuh Abdullah Bin Zubair dengan alasan mentaati ulul amri. Namun, tidak ada seorang pun ulama yang menyokong tindakan Hajjaj Bin Yusuf. Semua ulama mengingkari perbuatannya" Tulisan ustaz selebriti itu sebenarnya mempunyai banyak makna. Namun, tujuan sebenarnya hanya dia dan Allah S.W.T sahaja … Continue reading Mengenali Hajjaj Bin Yusuf