Untuk Kamu Yang Suka Membaca

Jujur sahaja, antara membaca dan menulis, saya lebih sukakan pilihan pertama. Kadangkala, nak mengarang 1 ayat itu mengambil masa 30 saat, sedangkan untuk membacanya tak sampai pun 3 saat.

Kerana itulah seringkali timbul rasa jemu, bosan, dan putus asa bila saya menulis panjang-panjang di Facebook, tetapi tak dapat engagement seperti yang diharapkan. Tak nampak likes dan share sebagaimana post-post merapu yang dibuat oleh social media influencer yang lain.

Tetapi setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itu jugalah saya akan bertanya semula soalan pertama tadi,

“Aku menulis untuk siapa?”

Sejujurnya saya pun tak tahu.

Cuma secara akademik, penulisan adalah salah satu cabang di dalam dakwah. Sebagaimana Nabi S.A.W pernah meminta para sahabat Baginda untuk menitipkan surat kepada raja-raja di sekitar Madinah, menyeru mereka kepada agama Islam.

Saya juga berharap untuk menyebarkan ilmu dan kefahaman Islam di dalam penulisan. Jika di Facebook peribadi saya, sudah ada hampir 10 siri pengenalan atau introduction of Islam, yang saya tulis dalam bahasa inggeris khusus kepada rakan-rakan Facebook saya yang belum Islam.

Mereka baca atau tidak, itu saya tidak tahu. Namun setidak-tidaknya, ada sedikit usaha daripada saya untuk memperkenalkan agama Islam kepada mereka.

Ini adalah kerana saya percaya kepada pepatah arab,

Setiap orang akan memusuhi perkara yang mereka tidak tahu

Inilah yang berlaku kepada masyarakat kita hari ini. Kita tidak kenal kepada orang di sekeliling kita dan kerana itu kita curiga dan pesimis kepada mereka.

Begitulah Islamophobia berakar umbi. Orang bukan Islam tidak mendapat info atau pengetahuan yang tepat tentang Islam, maka sudah tentulah mereka akan sangsi, curiga, dan beranggapan yang bukan-bukan dan buruk-buruk kepada agama yang suci ini.

Satu perkara lagi, saya juga menjunjung idea bahawa setiap likes & shares kita di mana-mana platform media sosial, ada halal-haramnya dan ada dosa-pahalanya.

Baik yang kita share, manfaatnya akan dinikmati oleh kita di dunia dan akhirat.

Buruk yang kita share, maka buruklah akibatnya bagi kita di dunia & akhirat. Sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W,

Sesiapa yang menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang lain sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran sama seperti ganjaran orang yang mengikutinya tanpa sedikitpun mengurangi ganjaran orang itu. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.

Hadis riwayat Imam Muslim

Kita share kejahatan walaupun kita tak buat, tetap kita akan mendapat dosanya kalau orang lain buat disebabkan terbaca sharing kita itu.

Kita share benda baik, kita akan dapat pahalanya walaupun orang lain yang buat & kita tak buat.

Tak ke untung perniagaan macam ni?

Wallahua’lam.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s