Cara menukar reverse sensor Honda City

Tidak dinafikan, Honda City adalah kereta yang terkenal di Malaysia. Pada tahun 2019, model ini telah memenangi anugerah “Best Compact Sedan” dalam undian online di carlist.com.

Saya sendiri sudah memandu honda city 6th-gen sejak tahun 2014. Memang tak banyak masalah dengan kereta honda. Service center pun cekap. Cuma selepas 5 tahun dan tamat warranty, satu per satu masalah timbul.

Masalah paling biasa atau common adalah kerosakan pada reverse sensor.

Simptomsnya adalah,

• buzer langsung tak berbunyi masa mengundur

• buzer berbunyi non-stop setiap kali masuk ke gear reverse, walaupun tiada objek di belakang.

Simptom kedua ini adalah paling biasa berlaku. Jadi hari ini saya nak ajar cara step-by-step untuk kita tukar sendiri sensor yang rosak.

Anda boleh tukar di Service Center sebenarnya, tapi kos nanti akan menjadi berpuluh hingga beratus kali ganda lebih mahal.

Ada dua kemungkinan kerosakan, iaitu alarm module atau reverse sensor.

Cara pertama untuk mengenal pasti punca kerosakan adalah dengan kita disconnect sensor itu. Ada 4 sensor kesemuanya, jadi kita kena buat satu per satu.

Jika lepas cabut pun alarm masih berbunyi, bermakna sensor yang disconnected itu masih elok. Tapi jika selepas sensor yang rosak itu dicabut, dan alarm sudah berhenti, bermakna sensor itu betul-betul faulty.

Cara nak buka bumper belakang sebenarnya mudah. Anda cuma perlukan,

  • Spanar open jaw
  • Screwdriver philips
  • Screwdriver flat

1. Buka bolt ini dengan spanar.

2. Buka skru-skru ini pula.

3. Umpil bumper ni keluar daripada klip dengan menggunakan flat screwdriver. Umpil dengan hati-hati supaya tidak mematahkan klip.

4. Bila bumper belakang dah berjaya direndahkan (jangan cabut pulak), anda akan nampak 4 sensor itu.

5. Cabut wayar belakang. Lepas cabut, cuba hidupkan kereta (guna bateri sahaja) dan masuk ke gear reverse. Kalau masih ada bunyi, cuba dengan sensor lain pula.

Untuk menukar sensor pula,

1. Keluarkan sensor daripada panel bumper. Hati-hati ketika menolak klip agar tidak mematahkannya. Saya cadangkan anda gunakan long nose plier.

Jika anda tak nak tukar baru, anda boleh isolate sensor yang rosak tu dengan membalut electrical connector. Macam kes saya, kereta saya ada dua sensor yang rosak tapi saya cuma menggantikan satu sahaja. Satu lagi saya capped and secured sahaja.

Satu lagi, kalau keempat-empat sensor isolation tak berjaya, boleh jadi alarm module anda yang rosak. Anda boleh cuba isolate atau tukar sendiri. Alarm module boleh diakses dari belah kanan, di balik linings ini.

Oh ya, anda boleh membeli reverse sensor di Shopee. Taip sahaja ‘honda city reverse sensor’. Ramai yang menjual. Cuma sebelum beli, pastikan anda membeli sensor yang tepat dengan model kereta anda. Contohnya, ‘Honda City tahun 2014’, ‘4 unit sensors’.

****Anda sudah subscribe blog Jokai Crest? Mahu bantu ‘like’ FB Page Jokai Crest? Sila scroll ke bawah. Terima kasih***
Advertisement

4 thoughts on “Cara menukar reverse sensor Honda City

  1. thanks for the info. the last picture is not clear enough. hope you can explain more. i have open the linings but i not sure which wiring to remove can you tell me.? i know the picture have wiring. but it did not point to any socket . i not sure which socket to pull to disable the alarm module . hope you can reply my comment. many thanks.

    Like

  2. hi can you show how the alarm module socket looks like? it did not appear at the last photo. hope you reply my comment. many thanks

    Like

  3. Ternampak ada calar kat fender diumpil dgn metal tool. Mmg bumper slot tu senang patah kalau tarik aje. Sebaik-baiknya guna plastik tool untuk umpil clip supaya bumper slot tak pecah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s