Pesan ayah, simpan aib orang

Arwah ayah saya meninggal pada tahun 2019. Sejujurnya, tak banyak yang saya belajar daripada arwah ayah, berbanding dengan ibu saya. Namun, ada satu perkara yang arwah saya pernah sebut, yang menyebabkan saya teringat-ingat sampai sekarang.

Pernah dahulu, kami bercakap perihal jiran kami yang telah meninggal dunia. Kata arwah ayah, “Orang dah meninggal ni, cakaplah perkara yang baik-baik sahaja tentang dia. Yang aib dan yang tak elok, kita pendam sahaja”.

Pesanan ayah itu ringkas, tapi menyebabkan lidah saya kelu daripada berbicara tentang aib orang yang dah mati. Kalau ikutkan nafsu, ikutkan kemarahan, ikutkan dendam, boleh sahaja kita gali liang lahadnya, sentap kain kafannya, dan malukan dia, dengan aib-aibnya. Kita boleh bogelkannya dengan kejahatan-kejahatan silamnya yang dia sorok.

Tetapi itulah kemenangan yang paling keji sekali.

Kita lega dan seronok dapat melepaskan dendam. Namun, keseronokan itu akan segera berubah menjadi mimpi ngeri.

Jagalah aib orang, lebih-lebih orang yang dah mati. Biarlah orang fikir dia baik pun, walaupun kita tahu, dia bukan begitu.

Yang penting, kita lebih tahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s