Tahniah Pakatan Harapan (PH) kerana berjaya memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu.
Sejujurnya saya tidak menyangka PH akan menang besar sebegitu. Lebih-lebih lagi, faktor “Tun M” dan penceraian dengan PAS daripada blok pembangkang.
Namun begitu, rakyat telah membuat pilihan. Allah S.W.T juga telah menetapkan sebuah takdir. Semalam 9 Mei 2018, rakyat telah menang. Rakyat telah berjaya mengalahkan keraguan, menajamkan keberanian dan membulatkan tekad untuk meruntuh ‘berhala-berhala’ ugutan, gula-gula rasuah, dan janji-janji palsu di sekeliling mereka.
Kleptokrasi telah tumbang.
Di newsfeed kawan-kawan saya, 99% bergembira dan bersorak dengan kemenangan ini. Saya turut gembira, tetapi dalam masa yang sama, saya berharap Malaysia yang lahir selepas ini, benar-benar adalah Malaysia yang baharu.
Jadi apa pula selepas ini?
Adakah agama, bangsa dan negara akan semakin diperkasakan, ataupun kekal stagnant?
Kita tunggu 💯 hari dulu.