Ijtihad Politik, amalan dunia orang gagal?

Kebelakangan ini, saya kehabisan idea mahu menulis. Separuh hati berbisik supaya menulis tentang politik, tetapi separuh lagi mahu beralah. Bimbang jika menambah minyak kepada api yang sedang membakar sekam.

Pendirian saya tentang politik telah saya jelaskan dalam posting-posting saya yang lepas. Boleh klik pada tag ‘politik’ jika mahu membacanya.

Saya beranggapan, pilihanraya dan demokrasi hanya sebuah alat bagi mencapai matlamat. Matlamat itu adalah mewujudkan negara utopia yang diurus tadbir oleh para negarawan yang adil dan bijaksana. Jurang antara si miskin dengan si kaya kecil, kekayaan diraih bukan diwaris, dan jawatan diberi bukan diminta.

Sebahagian kita beranggapan, politik kita hari ini adalah politik yang tidak syarie’. Sebahagian pula menolaknya secara total kerana beranggapan sistem ini terlalu bersifat keduniaan, dan terputus daripada simbol-simbol akhirat.

Saya mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

Sistem kira-kira dunia dan akhirat sesebuah perkara itu tidak hanya tambah tolak, darab dan bahagi pada angka-angka fizikalnya sahaja. Sebaliknya ia berbalik kepada definasi ‘dunia’ dan ‘akhirat’ itu semula.

Amalan dunia adalah sesebuah amalan bagi mendapatkan hasil di dunia ini,

Manakala amalan akhirat pula adalah amalan yang dilakukan bagi mendapatkan hasil di akhirat nanti.

Seringkali manusia tersalah sangka. Mereka sangka mereka sedang melakukan amalan akhirat tetapi sebenarnya mereka sedang melakukan amalan dunia.

Seperti seorang yang melakukan solat. Pada zahirnya, solat itu kelihatan seperti amalan akhirat. Tetapi jika si pelaku melakukan solat kerana mahu dapatkan sesuatu seperti pujian… Atau bagi menolak sesuatu seperti mahu mengelakkan diri daripada cemuhan orang, maka solatnya adalah amalan dunia. Tiada apa yang dia harapkan untuk akhiratnya.

Kesukaran mencari rezeki juga sering disalah sangka sebagai asam garam dunia, tetapi jika yang diharapkan adalah rezeki yang halal buat memenuhi keperluan di dunia dan pelaburannya di akhirat, maka setiap titisan peluh itu adalah ‘peluh akhirat’.

Apapun saya sangat bahagia apabila membaca berita pencalonan Ustaz Nik Omar Bin Nik Abdul Aziz yang akan bertanding di dalam PRU 14 hadapan, di bawah tiket PH. Bagi saya, beliau sudah menang di dalam peperangan melawan persepsi.

Tetapi dalam masa yang sama, saya juga berdukacita apabila ada netizen yang memainkan sentimen anak derhaka hanya kerana perbezaan metadologi politiknya.

Mungkin sudah tiba masanya kita berganding bahu menolak politik yang narsistik; kebenaran kerana parti!

Masyarakat perlu diajar untuk menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri dan bukan hanya diajar untuk mengangguk setuju, atau menggeleng berbantah.

Sekadar coretan selepas solat isyak.

Didoakan supaya kerugian akibat berpolitik, bukan kerugian buat agama Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s